Sistem Canary® Whistleblowing
Antara kaedah mengesan penyelewengan yang paling berkesan

Kami menawarkan perkhidmatan whistleblowing kami dalam pelbagai bahasa:
Bahasa Inggeris, Perancis, Bahasa Indonesia, Bahasa Melayu, Thai, Bahasa Filipino, Bahasa Vietnam dan sebagainya


Sistem Canary® Whistleblowing
Antara kaedah mengesan penyelewengan yang paling berkesan
Rasuah, penyelewengan, dan pelbagai aktiviti penipuan dan penyalahgunaan mungkin terjadi dihadapan anda tanpa disedari. Bimbang risiko sebagai seorang pemberi maklumat, pekerja anda berkemungkinan memilih untuk tidak melaporkan sebarang kesalahan atau penipuan yg telah berlaku selama beberapa bulan atau beberapa tahun sementara pelaku tersebut terus mencuri aset berharga dari organisasi anda.
Kajian mendapati kesan dari penyelewengan telah menyebabkan kerugian melebihi USD1M atau lebih dalam 22% kes dan berterusan selama hampir 18bulan sebelum dikesan. Oleh itu, sistem ‘whistleblowing’ dimana pekerja anda boleh melaporkan sebarang aktiviti penyelewengan atau penipuan dengan selamat dan tanpa perlu mendedahkan identiti mereka, sangat diperlukan sebagai salah satu cara untuk mengesan aktiviti salah laku di organisasi anda.


Bagaimana ia berfungsi?
Pemberi maklumat boleh membuat laporan melalui pelbagai saluran seperti talian telefon, faks, pesanan teks, atau melalui sistem hotline 24/7 kami seperti:

7 Saluran disediakan
Dengan kakitangan kami yang terlatih dan analisis berkualiti tinggi, kami memastikan kerahsiaan dan keselamatan pemberi maklumat semasa membuat laporan.
Kami menyediakan perkhidmatan website yang selamat dan terjamin untuk pemberi maklumat. Semua laporan boleh diakses oleh pelanggan dan Integrity Asia menjamin maklumat pelapor adalah rahsia berdasarkan pilihan seperti:
- Pemberi maklumat boleh dihubungi untuk maklumat lanjut dan membenarkan butir diri mereka didedahkan.
- Pemberi maklumat boleh dihubungi untuk maklumat lanjut, tetapi butir diri mereka akan dirahsiakan.
- Pemberi maklumat boleh memilih untuk tidak memberi sebarang butir diri.


Panggilan telefon dan faks merupakan salah satu cara untuk pemberi maklumat melaporkan sebarang aktiviti penyelewengan atau kesalahan. Operator talian hotline yang terlatih bersedia menerima sebarang laporan. Kesemua panggilan akan dirakam dan bersambung terus kepada Sistem Pengurusan Kes kami.
JAM OPERASI:
Isnin – Jumaat
8:30 – 18:00
Tutup pada cuti umum



Rujukan


















































