Tentang Kami

Rasuah, penyelewengan, dan pelbagai aktiviti penipuan dan penyalahgunaan mungkin terjadi dihadapan anda tanpa disedari. Bimbang risiko sebagai seorang pemberi maklumat, pekerja anda berkemungkinan memilih untuk tidak melaporkan sebarang kesalahan atau penipuan yg telah berlaku selama beberapa bulan atau beberapa tahun sementara pelaku tersebut terus mencuri aset berharga dari organisasi anda.

Kajian mendapati kesan dari penyelewengan telah menyebabkan kerugian melebihi USD1M atau lebih dalam 22% kes dan berterusan selama hampir 18bulan sebelum dikesan. Oleh itu, sistem ‘whistleblowing’ dimana pekerja anda boleh melaporkan sebarang aktiviti penyelewengan atau penipuan dengan selamat dan tanpa perlu mendedahkan identiti mereka, sangat diperlukan sebagai salah satu cara untuk mengesan aktiviti salah laku di organisasi anda.

Sistem Canary® Whistleblowing (Canary® WBS) adalah pihak-ketiga yang menawarkan perkhidmatan hotline yg selamat, terkawal dan tidak mendedahkan butir diri pengadu bagi sebarang aktiviti salah laku, penipuan, penyalahgunaan dan melanggar sebarang polisi syarikat.

Penyelidikan mendedahkan bahawa kerugian penipuan lebih kecil 57% pada organisasi yang mempunyai hotline daripada mereka yang tidak *. Walaupun membenarkan klien untuk mengekalkan integriti mereka dan mengukuhkan akauntabiliti mereka,Canary® WBS milik kami membolehkan pelanggan untuk mendedahkan masalah pada peringkat awal supaya kerugian dapat diminimumkan.

Canary® WBS menyediakan pelanggan dengan pelbagai saluran pelaporan yang mesra pengguna dan selamat. Kakitangan kami yang terlatih dan penganalisis berpengalaman yang sederhana dan berhati-hati meninjau laporan yang masuk dan memastikan kerahsiaan pemberi maklumat yang diminta. Pelanggan juga mempunyai akses ke papan pemuka mereka, yang membolehkan mereka menindaklanjuti laporan yang telah dikaji.

Kami sedar bahawa komunikasi yang berkesan adalah salah satu kunci kepada kejayaan sistem pemberian maklumat. Oleh itu, kami membantu pelanggan kami dalam pendidikan dan komunikasi kepada pekerjanya dengan menyediakan latihan dan kit media yang ditetapkan.

(*) https://www.acfe.com/report-to-the-nations/2018/

Rujukan