Sebagai penyelesaian whistleblowing pihak ketiga, untuk memastikan keselamatan pemberi maklumat dan keberkesanan penyelesaian, Canary menawarkan pemberi maklumat dengan beberapa pilihan:
- Pemberi maklumat bersetuju untuk melaporkan isu tersebut dengan secara terbuka berkongsi maklumatnya dan membenarkan maklumat peribadi beliau dikongsi bersama dengan syarikat / institusi. Ini membolehkan syarikat / institusi menghubungi pemberi maklumat sekiranya perlu.
- Pemberi maklumat berkongsi identiti beliau tetapi meminta kerahsiaan. Identiti beliau disimpan sulit dan tidak dikongsi. Ini membolehkan Integrity Asia menghubungi pemberi maklumat sekiranya perlu, tanpa mendedahkannya kepada apa-apa risiko pembalasan.
- Pemberi maklumat tetap tanpa nama. Pemberi maklumat hanya boleh dihubungi jika dia membuat keputusan untuk membuat akaun tanpa nama.