SOALAN YANG BIASA DIAJUKAN

Apa itu sistem whistleblowing?

Sistem Whistleblowing adalah perkhidmatan yang membolehkan pekerja, pennguna, penyedia perkhidmatan atau orang awam untuk membuat aduan secara rahsia mengenai kelakuan tidak beretika atau menyalahi undang-undang dalam sesebuah organisasi.

Apakah kelebihan yang disediakan oleh hotline whistleblowing dari Sistem Whistleblowing Canary

Hotline whistleblowing kami ditubuhkan untuk membolehkan aduan dibuat terus kepada badan kerajaan yang berkaitan mengenai pelbagai isu berkaitan penyalahgunaan kuasa, pelanggaran undang-undang dan kod tata-laku, rasuah, penyelewengan, gangguan, kecurian, pelanggaran keselamatan dan kesihatan, cover-ups and nepotism.

Siapa yang boleh menggunakan hotline?

Hotline boleh digunakan oleh pekerja kami, penyedia perkhidmatan atau pelanggan kami.

Apa yang akan terjadi pada laporan tersebut?

Badan Kerajaan yang berkaitan akan meneliti laporan tersebut dan sebarang petanda yang menunjukkan salah laku akan di ambil tindakan yang bersesuaian.

Bagaimana anda menyimpan data peribadi saya?

Data anda akan dihapus dalam kes berikut:

  • Atas permintaan pelanggan Canary
  • Pada akhir kontrak antara operator Canary dan pelanggan kami
  • Atas permintaan pemberi maklumat sekiranya pemberi maklumat telah memberikan data peribadinya

Adakah pemberi maklumat akan kekal rahsia?

Ya. Peraturan kerahsiaan yang tegas digunakan. Selain itu, sistem kami turut membenarkan laporan dibuat secara rahsia.

Adakah sebarang ganjaran bagi pemberi maklumat?

Tidak. Tiada sebarang ganjaran akan diberikan untuk setiap isu yang dilaporkan.

Adakah pemberi dapat mengikuti laporan saya?

Ya. Pemberi maklumat mempunyai keistimewaan untuk membiat akaun dan menambah maklumat tambahan apabila diperlukan. Pemberi maklumat boleh berhubung dengan pasukan ‘whistleblowing’ melalui paparan antara muka.

Apakah saluran yang disediakan oleh Sistem Whistleblowing Canary?

Pemberi maklumat boleh menghantarkan laporan melalui tujuh saluran terkawan yang disediakan, iaitu boring online, pesanan mesej, panggilan telefon/faks, kiriman surat, aplikasi mudah alih, e-mel, dan online chat.

Bagaimana keselamatan Sistem Whistleblowing Canary?

Server kami menggunakan sijil SSL sebagai protocol cryptograph untuk komunikasi yang selamat antara Sistem Whistleblowing Canary dan klien atau pemberi maklumat. Untuk menambah fungsi keselamatan, data anda akan di’encrypted’.

Bagaimana saya mendapatkan cadangan harga untuk Sistem Whistleblowing Canary?

Untuk cadangan harga, sila hubungi kami melalui halaman hubungi kami.

Siapa yang mempunyai akses kepada maklumat yang dilaporkan ke pusat hubungan?

Maklumat akan dihantar kepada kakitangan yang dilantik oleh pelanggan kami sahaja. Sistem Whistleblowing Canary tidak akan menghantar sebarang maklumat kepada pihak lain diluar organisasi pelanggan kami tanpa kebenaran dari pelanggan kami.

Apakah kawasan liputan Sistem Whistleblowing Canary?

Pejabat kami terletak di Indonesia, Malaysia dan Thailand. Pada ketika ini kami hanya menyediakan perkhidmatan bagi kawasan Asia Tenggara.Walau bagaimanapun, ia tidak membataskan kemungkinan kami akan melayani lain-lain negara.

Apakah bahasa yang disediakan oleh Sistem Whistleblowing Canary?

Pada ketika ini, kami beroperasi dalam empat bahasa: Bahasa Ingeris, Bahasa Indonesia, Bahasa Malaysia dan Bahasa Thailand. Walau bagaimanapun, ia tidak membataskan kami untuk melayani lain-lain bahasa.

Adakah anda memerlukan lebih banyak maklumat?
Hubungi Kami

Rujukan